24 July 2011

Blackberry Playbook, cam menarik jer


Beberapa kali juga telah melihat Blackberry Playbook ini di kedai tetapi tidak pernah lagi mencubanya. Apabila lihat pada saiz, ia lebih kurang besar dengan Galaxy Tab.

Apabila dilihat pada harga, agak menarik untuk dimiliki tetapi ia hanya berfungsi sebaga tablet sahaja iaitu tidak dijadikan sebagai telefon. Bagi Sop ia adalah sedikit kekurangan berbanding Galaxy Tab.

Jika dilihat pada telefon Blackberry, aplikasinya tidak banyak yang percuma. Malah VIOP juga tidak support berbeza dengan Android dan iPhone yang boleh berhubung dengan baik. Diharap tablet Playbook ini lebih mesra pengguna berbanding telefon bimbit Blackberry.

Dari segi prestasi Sop ingin juga mencuba, boleh juga buat perbandingan dengan keupayaan Android.

Ada sesiapa hendak bagi pinjam? huhuhuhu


EmoticonEmoticon