13 July 2011

Bina model 3D mudah dengan Google SketchUp

Sekarang membina model atau objek 3D lebih mudah dengan perisian Google SketchUp. Perisian tersebut bukan sahaja mesra pengguna tetapi pelbagai tutorial boleh diperolehi sama ada dalam bentuk video atau bertulis.

Sebelum ini, Sop pernah menggunakan software lain untuk membina objek 3D seperti autocab tetapi sangat susah untuk difahami terutama ingin explore sendiri.

Google SketchUp sangat mudah difahami dan tanpa tunjuk ajar, anda mampu menggunakannya. Semalam Sop sempat memasang Google SketchUp dan mencubanya. Sungguh seronok membina objek 3D sehingga tidak sedar berlalu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Google SketchUp.


EmoticonEmoticon