22 July 2011

Belum puasa, sudah jualan raya?



Rasanya banyak pasar raya yang mulakan promosi raya Aidilfitri minggu ini maklum sahaja umat Islam akan berpuasa minggu hadapan. Agak keterlaluan juga apabila terlalu awal promosi tersebut. Apa boleh buat, itu adalah marketing perniagaan.

Jika dilihat pada tempahan baju kurung atau baju melayu, sekarang ini ramai yang telah siap buat tempahan. Jika bulan puasa hendak tempah, pasti lepas raya baru boleh pakai baju tersebut.

Sebaiknya kita lebih bergembira menanti kehadiran Ramadan bulan yang penuh keberkatan. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari Ramadan yang lepas.

P/S: Puasa dah habis ganti? O:-)

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon