Adakah sukar menulis blog setiap hari?



Bagi blogger lama, soalan ini mungkin tidak menjadi masalah kerana blogger lama mampu menghasilkan entry setiap hari. Betul atau tidak?

Ada yang mengangguk tanda setuju manakala ada juga yang mengeleng kepala kerana kurang bersetuju.

Kemahiran menulis blog boleh didapati dari beberapa faktor seperti bakat, minat, pengalaman dan lain-lain.

Bagi yang berbakat dalam penulisan, ia secara automatik mampu menulis tanpa masalah. Bakat semula jadi ini tidak diperolehi kepada semua orang. Bagaimana pula dengan blogger tidak mempunyai bakat?

Cara utama ialah belajar dan terus belajar. Bagi blogger yang ingin berjaya, setiap hari perlu belajar dan sentiasa menambah kemahiran. Sekiranya kita sentiasa menulis, idea penulisan akan bertambah dengan sendirinya.

Terdapat blogger yang mampu menulis sesuatu yang ringkas tetapi sangat menarik. Malah hasil penulisan boleh berjela-jela. Bagaimana ia dilakukan?

Jika merasakan anda kurang berbakat, perkara utama yang perlu dilakukan ialah melalui latihan.

Sop sendiri kurang mahir dalam penulisan dan setiap kali menulis, pasti akan berusaha untuk publish dengan cepat. Ayat-ayat yang digunakan terlalu ringkas dan kurang menarik.

Kembali kepada tajuk, adakah sukar untuk menulis blog setiap hari? Bagi Sop ia adalah sukar kerana kadang kala Sop kehilangan idea dan tidak kesempatan. Apabila tiada perkara yang menarik yang hendak dikongsi, mood untuk menulis akan hilang. Sedangkan sebagai blogger yang kreatif, setiap perkara boleh dijadikan idea penulisan. Oleh itu, Sop akan berusaha untuk menjadi kreatif dan mampu menulis dengan baik.

Apa pula pendapat anda mengenai persoalan tersebut?

Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »