04 June 2011

Menonton filem X-Man: First Class



Salam 1 Malaysia semua.

Sudah menonton filem X-Man: First Class?

Jika belum menonton, sila ke pawagan yang berhampiran segera. Filem yang seronok untuk ditonton dan menghiburkan. Bagi yang mengikuti siri X-Man sebelum-sebelum ini, pasti siri terbaru ini memberi banyak jawapan. Contohnya bagaimana Professor X boleh menjadi lupuh, bagaimana mereka mengenali Magnito, bagaimana mutasi mula dikenali dan sebagainya.

Walaupun filem ini tidak terlalu banyak aksi yang ditonjolkan tetapi perjalanan ceritanya adalah menarik.

Ia mengisahkan bagaimana Shaw yang cuba mewujudkan perang nuklear antara Amerika dengan Rusia. Professor X dan rakan mutan lain membantu untuk mengelak dari berlakunya peperangan tersebut.

Untuk sinopsis dan traller, sila lawat link di bawah:

http://imdb.com/title/tt1270798/

Sop mengikuti filem X-Man dari awal dan siri ini memberi penjelasan kepada keseluruhan siri X-Man. Mungkin akan ada siri seterusnya?

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon