Mendapat BE Nuffnang setelah lama menyepi



Agak lama juga agaknya Sop tidak jenguk akaun Nuffnang. Tidak seperti awal-awal berblog dulu, boleh dikatakan setiap hari melawat Nuffnang untuk melihat earning atau traffic blog.

Apabila semakin lama berblog, semakin tidak kisah dengan jumlah pendapatan. Jika dapat sebarang pendapatan, ia dikira bonus tetapi jika tidak ada sebarang pendapatan cuba lagi dengan cara lain. Pendapatan adalah motivasi terbaik tetapi jangan berharap sangat.

Hari ini apabila melawat akaun Nuffnang, terkejut juga apabila dihadiahkan satu BE. Rasanya baru dapat BE tersebut kerana jumlah pendapatan terkumpul baru 70sen. Semoga pendapatan BE tersebut terus meningkat dan meningkat sebanyak yang boleh. Lagi banyak, lagi bagus kan? Huhuhuhu

Apa-apapun, terima kasih kepada Nuffnang atas BE tersebut. Jika bagi lagi banyak, lagi Sop suka. Hahahaha

Jom lihat iklan tersebut yang berada di header blog ini.

Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »