25 June 2011

Makan buffet RM7 di Shani Cafe

Sudah makan tengah hari?
Jika tidak masak untuk tengah hari, anda boleh singgah di Shani Cafe yang terletak sebelah dengan Wangsa Walk. Makanan yang disediakan secara buffet hanya RM7 sahaja seorang.

Masakan yang disediakan adalah pelbagai dan pasti berbaloi dengan harga RM7 tersebut. Antara masakan yang disediakan ialah udang masak merah, ikan masak kicap, masak kari, daging, ikan masin, ketam, siput sedut, ayam goreng dan kari, ulam, kerang, lala, dan sayur. Semua makanan yang Sop rasa adalah sedap. Minuman yang disediakan ialah ais sirap.

Jika buffet di restoran lain mungkin kos RM 15-RM30 seorang.

Selain itu, buffet sarapan juga disediakan iaitu RM4 seorang. Menu disedaikan ialah nasi lemak, nasi goreng dan mee goreng. Lauk tambahan disediakan seperti masak sardin, daging dan lain-lain. Minuman untuk buffet sarapan ialah kopi o dan teh o. Jika ingin membuat pesanan air lain, ia ada disediakan dengan harga lain.

Galeri gambar:






EmoticonEmoticon