08 June 2011

Hasil lukisan Azfar



Kadang kala kita tidak menyangka hasil kerja dan kemampuan anak sendiri. Sama ada perkembangan beliau terlalu cepat atau kita yang terlepas pandang perkembangan beliau. Apa yang penting, anak-anak sentiasa berkembang bukan sahaja dari fizikal tetapi mental juga.

Hasil lukisan terbaru oleh Azfar agak mengejutkan Sop kerana hasil lukisannya boleh dibanggakan. Kali terakhir hasil lukisan beliau ialah lukisan orang masih berbentuk kentang dan rumah masih berbentuk kotak.

Sop sentiasa menggalakkan Azfar dan Azwar menulis. Jika hendak mewarna, menulis atau melukis, kami sentiasa membekalkan pencil dan kertas. Kadang-kadang geram juga apabila pencil atau kertas bersepah-sepah di dalam rumah. Malah dinding rumah turut menjadi mangsa! Namun itu adalah proses tumbesaran anak-anak yang mana ibubapa lain mungkin turut mengalaminya. Betul tak?

Sebagai ibubapa kita perlu mendidik dan mendorong supaya anak-anak terus belajar sesuatu. Jangan kerana tidak mahu rumah bersepah, berconteng atau sebagainya kita melarang dari anak-anak menulis dan mewarna. Dalam masa yang sama, kita mendidik untuk memastikan anak-anak akan mengemas dan menjaga kebersihan (Azfar dan Azwar belum sepenuhnya melakukannya).

Terima kasih kerana sudi membaca entry ini. :)

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon