Deposit RM400 tempah Myvi

Apa tunggu lagi, tempahlah Perodua Myvi anda sekarang.

Myvi kereta yang memiliki ciri-ciri bagus dari segi fizikal dan juga injin mempunyai ramai peminat. Jarang kedengaran Myvi dikatakan bermasalah. Malah jika di lebuhraya, Myvi selalu memecut laju berbanding kereta Sop. Ia bermakna pemanduan Myvi adalah stabil dan baik. Sop lihat jika dibuat sedikit modifikasi sahaja, Myvi kelihatan lebih menarik. Tidak hairan jika bukan sahaja golongan muda mudi yang meminati Myvi tetapi juga golongan warga emas. Bapa Sop pun pakai Myvi. Huhujuhu

Bagaimana agaknya model terbaru Myvi nanti?

KUALA LUMPUR - Hanya serendah RM400, anda boleh menjadi antara orang pertama di Malaysia memiliki model terbaharu Myvi keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua).

Tempahan boleh dibuat di mana-mana 178 cawangan Perodua di seluruh negara mulai Sabtu ini.

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, deposit hanyalah RM400 manakala harga sebenarnya akan diumumkan pada tarikh pelancaran model kelak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan melancarkan model Myvi itu di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 16 Jun ini.

"Cawangan jualan kami yang terletak di kawasan bandar besar akan dibuka sehingga lewat malam bagi membolehkan orang ramai membuat tempahan.

"Perodua begitu terharu dengan sokongan awal yang diberikan oleh rakyat terhadap model Myvi terbaharu ini, sebelum ini, kebanyakan cawangan jualan kami telah menerima banyak pertanyaan mengenai model berkenaan. - Kosmo

Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »