12 June 2011

Cikgu Shida hebat berlakon

Jika pada peringkat awal, Cikgu Shida dikencam hebat ramai pihak apabila beliau memamparkan aksi dalam YouTube. Ada yang mengatakan beliau kurang betul, hendak mencari populariti, mengada-ngada dan sebagainya. Namun begitu, beliau tidak pernah mengendahkan komen dan kata-kata orang tersebut dengan terus membuat hasil-hasil yang terbaru. Hasilnya, karya beliau telah diterima semua dan kini mempunyai ramai peminat. Beliau bertambah dikenali apabila menjadi berita utama akhbar dan mendapat wawancara TV.

Menggunakan Youtube untuk menyalurkan bakat kepada umum telah dilakukan oleh ramai artis dalam dan luar negara. Untuk berjaya, pastikan dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Semoga terus berjaya buat Cikgu Shida.

PARIT: “Bukan sekadar ‘miming’, malah dia juga bakal menjadi pelakon hebat,” begitulah reaksi awal pengarah telemovie WWW.Cikgu Shida.Com, Isqandar Jebat ketika ditanya mengenai penampilan sulung ratu miming, Roshida Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Cikgu Shida yang berjaya menambat hati hampir dua juta peminat laman web Youtube kerana aksi gila-gilanya.

Malah, gelagat kelakar dan penampilan bersahaja Cikgu Shida yang melakonkan pelbagai watak ketika sesi penggambaran turut ‘memecahkan perut’ kru hingga terpaksa dihentikan buat seketika.

Telemovie WWW.Cikgu Shida.Com menampilkan pelbagai watak Cikgu Shida bermula daripada penarik kereta, gadis kampung cantik, menjadi bomoh serta ketua kampung, bakal menemui penonton untuk tayangan Aidilfitri tahun ini melalui saluran Astro.

Cikgu Shida ketika ditemui di lokasi penggambaran berkata, dia penat namun penampilan pertama dalam bidang lakonan sungguh menyeronokkan.


“Mana tak penatnya, kadangkala ‘shooting’ (penggambaran) habis jam 3 pagi. Besok ‘scene’ (babak) baru kena hafal dialog lagi.


“Mujur tuan director (pengarah) orangnya baik... asyik-asyik ‘cut’ (potong). Mungkin dia tak tahan melihat aksi (kelakar) saya,” katanya menceritakan detik awal babak pertama menjadi penarik kereta.


EmoticonEmoticon