19 May 2011

Trafik tinggi pendapat blog rendah?

Anda biasa alami perkara ini?

Adalah biasa jika trafik tinggi dan pendapatan tinggi kerana tanpa trafik bagaimana hendak mendapat klik iklan?

Namun begitu, terdapat juga keadaan dimana trafik tinggi tetapi pendapatan blog adalah kurang. Ia berlaku kerana beberapa faktor seperti berikut:

- tiada yang klik iklan apabila datang ke blog kerana kedudukan tidak strategik

- iklan klik hanya seketika sebelum sempat ia direkodkan kerana tersilap klik pada iklan tersebut

- pelawat menggunakan plugin ads block yang menghalang dari iklan muncul

Sekiranya ini berlaku, adalah merugikan kepada anda kerana trafik hanya datang tanpa memberi sebarang pulangan. Bagi yang menggunakan hosting sendiri, ia lebih merugikan kerana bandwith adalah kos. Untuk itu, anda perlu membuat beberapa perubahan seperti mengubah kedudukan iklan, mengubah template atau menukar jenis pengiklanan. Bagi blog yang mempunyai trafik tinggi, iklan berbentuk per view lebih bail berbanding per click.

Pendapatan blog mungkin bukan perkara utama tetapi jana pendapatan blog sedikit sebanyak dapat membantu menyara perbelanjaan untuk blog seperti domain, hosting, broadband, elektrik dan sebagainya.

Apa pendapat anda pula?



Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon