05 May 2011

Suasana di IAB Genting, Pahang

Salam 1 Malaysia kepada semua.

Hari ini adalah hari kedua berada di Institut Aminuddin Baki untuk mengikuti kursus. Cuaca hari ini adalah baik dan cerah sejak dari pagi. Namun begitu, pada sebelah petang cuaca kembali gelap hendak hujan. Sop dimaklumkan bahawa apabila cuaca cerah, broadband lebih baik berbanding cuaca hujan dan berkabus. Pada bulan Januari lepas, cuaca lebih teruk yang mana lebih berkabus.

Pagi tadi cuaca agak berkabus juga tetapi sekejab sahaja. Selepas hujan gerimis sekejab, cuaca kembali cerah.

Udara sungguh segar di sini dan suasana adalah sejuk. Anda akan lebih sejuk apabila cuaca berangin. Hari ini aktiviti Sop sepenuhnya berada di dewan kuliah. Bagi yang tidak tahan sejuk, memang perlu sentiasa memakai blazer atau jaket.


EmoticonEmoticon