Streak 5 telefon dua dalam satu



DALAM usaha memberikan pengalaman menggunakan telefon pintar dan tablet poket dalam satu peranti, Dell Malaysia (Dell) memperkenalkan Streak 5 yang menggabungkan semua ciri diperlukan pengguna hanya dalam satu peranti bersaiz lima inci.

Pengarah Urusannya, Varinderjit Singh berkata, Streak 5 menggunakan platform Android dan direka untuk memudahkan pengguna melakukan pelbagai tugasan dalam satu masa.

“Sebagaimana konsep semua produk Dell yang dihasilkan sebelum ini, kami mengutamakan pengguna dan setiap produk boleh digunakan dengan mudah.

“Malah, dengan Streak 5, pengguna tidak perlu gusar untuk mendapatkan peranti berasingan kerana ia berfungsi sebagai telefon pintar dan dalam masa sama sebagai tablet poket,” katanya selepas majlis pelancaran yang diadakan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, Streak 5 dilengkapi dengan kemudahan untuk melayari Internet yang memudahkan pengguna berhubung di laman sosial, hiburan digital serta kemudahan navigasi.

“Ia direka untuk mereka yang sering berhubung secara dalam talian dan mahu menambah keupayaan akses terhadap dunia digital di mana saja mereka berada,” katanya.

Varinderjit berkata, Streak 5 berharga RM2,099 turut didatangkan dengan paparan muka Dell yang terbaru dikenali sebagai Stage dan pihaknya dalam perancangan untuk menyelaraskan paparan berkenaan dengan semua produk keluaran Dell.


“Buat masa ini, paparan Stage hanya boleh dilihat melalui Streak 5, namun kami masih dalam usaha untuk menyediakan paparan sama dalam semua produk Dell termasuk komputer riba dan komputer peribadi.

“Sekiranya ia menjadi kenyataan, maka semua data dan aplikasi yang terdapat dalam tablet poket boleh dipaparkan pada komputer atau komputer riba pengguna,” katanya yang menambah tablet poket bersaiz 10 inci menggunakan platform Honey Comb akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Komen Sop: Bila boleh cuba nih? Huhuhuhu

Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »