26 May 2011

Siapa ingin jual roller blade murah?

Sop sekarang sedang mencari roller blade terpakai yang hendak dijual. Ada sesiapa yang memiliki roller blade bercadang untuk menjualnya?

Kenapa hendak beli terpakai?
Sop baru hendak berjinak dengan aktiviti baru ini dan mesti perlu belajar terlebih dahulu. Jika guna baru adalah rugi jika selalu jatuh dan terbabas. Jika menggunakan roller blade terpakai, boleh guna secara lasak. Apabila sudah mahir, baru Sop bercadang untuk membeli roller blade yang baru.

Kos untuk roller blade baru dalam likungan harga RM350 - RM600 mengikut jenis. Ia agak mahal untuk dibeli pada peringkat awal.

Sop telah cari di beberapa laman web seperti mudah.my, lelong.my dan beberapa forum yang berkaitan tetapi masih belum dijumpai. Ada yang mengiklan tetapi tidak respon kepada pertanyaan melalui talian. Kebanyakkan roller blade yang hendak dijual masih berharga tinggi. Harga anggaran yang Sop cuba dapatkan ialah RM250 ke bawah. Mungkin agak mustahil tetapi harap ada pengguna yang ingin jual dengan harga tersebut... :)

Jika anda atau rakan-rakan anda ada yang ingin menjualnya atau kedai yang menjual dengan harga seperti bajet Sop, mohon dimaklumkan melalui komen.
Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.


EmoticonEmoticon