Roller skate untuk Azfar dan Azwar




Anda tahu bemain roller skate atau roller blade?

Jika tidak tahu, boleh join dengan Azfar dan Azwar yang baru juga belajar. Sop baru sahaja belikan mereka roller skate setelah sekian lama mencari. Sebelum ini hanya terjumpa roller blade dan telah mencubanya tetapi apabila cuba mereka tidak dapat berdiri pun.

Roller blade dan roller skate adalah alat berbeza yang mana roller blade adalah susah untuk menggunakannya berbanding roller skate yang lebih stable. Untuk peringkat kanak-kanak kecil, lebih sesuai untuk belajar roller skate. Selepas mahir nanti, mungkin Azfar dan Azwar boleh dibekalkan dengan roller blade pula.

Sop mula berminat untuk membelikan anak-anak roller skate apabila melihat ramai yang bermain roller blade di Tasik Titiwangsa. Mesti seronok jika satu keluarga boleh kayuh roller blade bersama-sama sekitar tasik tersebut.

Sop dulu pernah bermain roller skate dan blade masa zaman sekolah dan rasanya masih boleh bermain sikit-sikit sekarang ini. Buat masa ini, Sop perlu tumpukan dengan anak-anak agar pandai dahulu sebelum Sop boleh dapatkan roller blade juga.

Mula-mula mereka pakai, memang amat merisaukan. Terbayang mereka akan terjatuh terlentang atau terbabas dan sebagainya. Namun kanak-kanak mudah untuk belajar. Hanya beberapa ketika, mereka boleh seimbangkan badan dan bergerak perlahan. Walaupun belum boleh kayuh laju, sekurang-kurangnya hari pertama pakai telah boleh berdiri atasnya dan bergerak sedikit-sedikit. Mungkin dengan latihan selama beberapa bulan, Azfar dan Azwar mampu menguasainya.

Pada petang hari minggu lepas, Sop dapat bawa mereka ke Tasik Titiwangsa untuk riadah dan bermain roller skate. Semoga selepas ini mereka akan terus beransur maju untuk bermain roller skate tersebut. :)













Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »