Permohonan Innity di tolak.... :(

Semalam saja-saja tak ada kerja cuba apply pengiklan Innity. Macam mana boleh terlintas untuk join Sop tidak pasti tetapi mungkin sebab asyik meronda di blog. Sebelum ini belum lagi pernah mencuba dan Sop mendapat maklumat yang Innity agak susah untuk diluluskan permohonan.

Setelah isi borang semalam, hari ini Sop mendapat jawapan yang mendukacitakan iaitu permohonan tidak diluluskan. Syarat tidak cukup!

Hasil dari penolakkan tersebut, Sop boleh buat penilaian tentang blog Riwayat Hariku. Masih banyak kekurangan dan kelemahan. Itu rumusan yang boleh dibuat. Sekiranya blog Sop baik dan bagus, mesti setiap pengiklan tidak ada masalah dalam meluluskan permohonan.

Oleh itu, Sop perlu memastikan blog berada dalam keadaan baik. Banyak aspek perlu dilihat kembali dari segi entry, penampilan, ranking, SEO dan sebagainya yang berkaitan. Dalam emel penolakkan tersebut tidak dinyatakan dengan terperinci pula.

Mungkin rakan-rakan boleh bantu apa kriteria yang dilihat oleh Innity?


Berikut emel yang diterima oleh Innity:

Thank you for your application to join Innity Performance Network. After a few rounds of review by our team, we have found that your site now does not yet meet our network criteria, due to . Therefore, we are unable to accept you into our network. We do believe in the potential of your site to grow substantially over the years and we are still open to future cooperation.

We have to ensure the effectiveness of Performance ads for our publishers and our advertisers. Hence, we review all publishers, and unfortunately we have to reject certain applicants.

If you need more information, please let us know.

Thank you for your understanding.

Sincerely,

The Innity Performance Network Team
Previous
Next Post »