Laman sosial peluang besar bagi penjenayah


Rasanya ramai pihak sedar mengenai perkara ini. Penjenayah sentiasa mencari peluang untuk melakukan jenayah. Oleh sebab itu, kesedaran ICT adalah penting kepada pengguna. Jika tidak, anda mungkin menjadi mangsa jenayah cyber.

Adakah jenayah cyber memberi kesan yang teruk?

Semestinya! Penipuan, rompakan, mencuri, memeras ugut, merosakkan dan sebagainya adalah jenayah yang biasa dilakukan di intenet. Kesannya ada yang kerugian beribu-ribu ringgit. Laman sosial yang popular ketika ini meningkatkan lagi peluang kepada penjenayah. Maklumat boleh dikumpul dengan lebih banyak.

Contoh kemaskini status di facebook "sedang bercuti", penjenayah tahu yang anda tiada di rumah. Gambar-gambar rumah yang diupload, memberi gambaran dan peta rumah anda. Penjenayah boleh membuat analisis tentang makkumat anda kongsikan dilaman sosial.

Oleh itu, berpada-pada menggunakan laman sosial. Penggunaan yang melampau atau salah boleh mengundang masalah kepada pengguna itu sendiri.

KUALA LUMPUR: Populariti laman sosial mencipta peluang baru bagi penjenayah siber menarik mangsa melalui penyamaran. Dalam satu kenyataan hari ini, Microsoft Corp berkata, menurut Laporan Perisikan Sekuriti Volum 10, pemancingan data menggunakan perangkaian sosial sebagai umpan meningkat daripada 8.3 peratus pada Januari 2010 kepada 84.5 peratus pada Disember 2010.

"Kaedah ini menambah kepada senarai sedia ada teknik-teknik kejuruteraan sosial seperti promosi kewangan dan produk menerusi emel dan pesanan segera, untuk memeras wang dan memperdaya pengguna memuat turun perisian jahat," katanya. Ia berkata, pejenayah siber kini mempunyai lebih banyak peluang untuk memperdayakan pengguna menerusi kaedah serangan seperti perisian beriklan dan pemancingan data.

Sementara itu, Microsoft berkata, di Malaysia, serangan cecacing ke atas komputer pada suku keempat tahun lepas jatuh kepada 35.8 peratus daripada 41.4 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya. -BERNAMA

Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »