18 May 2011

Komen entry saya, komen enrty anda



Lama sudah rasanya Sop tak jumpa mesej sebegini. Biasa mesej yang seangkatan ialah follow awak, follow saya balik atau follow saya, akan follow anda juga. Paling best, klik iklan saya saya akan klik anda kembali. Huhuhu

Kenapa sampai perlu sebegitu?

Biasanya pelawat akan komen entry anda jika ia menarik, atau terdapat perkara yang hendak disampaikan. Kadang-kala terdapat entry yang tidak memerlukan komen.

Namun jika terdapat blogger yang sudi komen dientry blog Sop, biasanya Sop akan balas dengan memberi komen juga. Begitu juga dengan rakan-rakan yang tinggalkan jejak, Sop akan cuba balas jejak tersebut.

Ikatan sosial blogger seperti ini telah lama terjalin dengan sendiri tanpa perlu disuruh atau diminta. Bantu membantu antara blogger mampu memberi kebaikkan bersama. Oleh itu, blogger harus memulakan langkah terlebih dahulu. Jika anda ingin ramai yang tinggalkan komen, pastikan anda komen diblog anda dan begitu juga dengan mencari follower.

Harap kita sama-sama support antara blogger untuk kepentingan bersama. Suka dengan blogger negara jiran yang sangat support sesama mereka. Setiap entry dibenarkan copy ke blog lain dengan syarat diberikan link sumber supaya PR dan trafik akan sama-sama meningkat. Harap kita dapat mencontohi mereka juga.

Terima kasih kerana sudi membaca. :)

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon