17 May 2011

Jom roller skate di Tasik Titiwangsa

Salam 1 Malaysia.
Apa aktiviti anda hari ini?

Bermain roller skates adalah aktiviti baru Azfar dan Azwar. Sop saja beli roller skates untuk anak-anak belajar mengimbang diri. Bukan mudah untuk belajar tetapi Sop percaya dengan latihan, mereka mampu lakukan.

Setakat hari ini, Azfar dan Azwar mampu mengimbangkan diri tetapi belum mampu menyelunsur laju. Masing-masing masih takut-takut untuk mencuba. Last-last mereka buka kasut dan berlari sahaja kerana lebih laju.

Sop sendiri sedang mencari roller blade untuk diri Sop. Sebelum ini ada saiz dewasa di Jaya Jusco tetapi minggu ini telah kehabisan dan hanya tinggal untuk saiz kanak-kanak. Sop cuba juga untuk melihat di mudah.my kot-kot ada yang ingin menjual tetapi agak mahal. Ini kerana roller blade yang hendak dijual adalah jenis profesional.

Ada sesiapa hendak jual roller blade murah-murah?






EmoticonEmoticon