15 May 2011

Hadiah hari guru oleh Azfar



Salam 1 Malaysia dan Selamat Hari Guru kepada semua guru.

Petang tadi, kami ke Carrefour Wangsa Maju untuk mendapatkan hadiah kepada cikgu pra Azfar. Azfar mungkin tidak mengerti kenapa guru perlu diberi hadiah pada hari guru tetapi sekurang-kurangnya beliau dididik dan diberi pendedahan menghargai guru.

Hadiah tersebut telah Sop ejas sedikit dengan memasukkan tulisan ucapan hari guru dan meminta Azfar membuat kad ucapan. Sop yang lukis tetapi Azfar yang warnakan. Sekurang-kurangnya ada sedikit sebanyak hasil tangan Azfar dalam hadiah tersebut.

Sop masih ingat dulu-dulu hadiah yang diberikan kepada guru. Semasa sekolah rendah, masing-masing sibuk memberikan hadiah kepada guru. Masa tersebut, Sop mengambil sahaja apa yang ada di rumah seperti sabun mandi. Yang penting terdapat hadiah yang boleh diberikan kepada guru.

Namun apabila sekolah menengah, rasanya tidak lagi berikan hadiah secara sendiri. Biasanya dibuat secara kelas iaitu dengan kutipan duit oleh ketua kelas. Dengan cara tersebut, hadiah lebih baik boleh diberikan kepada cikgu.

Apa hadiah yang anda berikan kepada cikgu?

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon