03 May 2011

Berkursus di IAB Genting Highland



Burmula hari ini, Sop berada di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland untuk menyertai satu kursus. Sop bertolak dari rumah pada jam 6.30 petang dan perjalanan memakan masa selama 45 minit.

Mulanya bercadang untuk naik motosikal ke sini tetapi petang tadi cuaca hujan pula. Oleh demikian Sop terpaksa memandu untuk ke sini. Ini adalah kali pertama Sop sampai ke IAB ini.

Tadi masa sampai di simpang IAB sempat singgah di kedai mamak perkena mee goreng. Cuaca malam ini sungguh sungguh sejuk dan hujan masih renyai-renyai. Suasana adalah berkabus dan udara sangat menyegarkan.

Line DiGi tiada 3g di sini dan internet agak perlahan. Harap boleh blogwalking perlahan-lahan jenguk rakan-rakan blogger.

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon