Balik kampung Terengganu jom!

Salam 1 Malaysia semua.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog RH.

Hari ini Sop bercuti kerana pulang ke kampung untuk menghadiri perkahwinan sepupu Sop. Pengantin lelaki dan perempuan adan sepupu Sop. Majlis di pohak perempuan telah berlangsung pada bulan lepas dan kini giliran belah lelaki. Oleh kerana majlis dibelah perempuan Sop tidak dapat hadir, kali ini Sop perlu menghadiri diri.

Perjalanan bermula seawal jam 7.00 pagi dari rumah dan singgah sebentar di rumah mertua dan stesyen minyak. Kami berhenti sarapan di Hentian Temerloh pada jam 9.00 pagi dengan bekalan yang diberikan oleh mertua. Azfar dan Azwar turut mandi di hentian tersebut kerana belum mandi semasa kami keluar tadi. Jika mandi dahulu di rumah, pasti lebih lambat dapat kami bertolak. Tapi Sop dan Mr Sop dah mandi yer awal pagi :) huhuhihi

Kami singgah di Masjid Jambu Bongkok pada jam 1.30 petang untuk solat Jumaat. Perjalanan sejak dari keluar lebuhraya Pantai Timur agak perlahan kerana agak sukar untuk memotong kenderaan.

Kami tiba di kampung pada jam 3.00 petang dan terus menghadiri majlis kenduri kahwin. Jika di Terengganu, majlis dibelah lelaki lebih dikenali dengan "melihat menantu". Jika majlis secara kecil-kecilan, hanya warga perempuan yang dijemput. Tetapi jika majlis sederhana atau besar, lelaki atau perempuan akan dijemput menghadiri majlis.

Azfar dan Azwar seperti biasa akan seronok berada di kampung kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Sebrlah petang, Sop sempat bantu mencuci beberapa periuk.

Malam ini, tiada aktiviti yang dirancang dan kemungkinan akan berehat di rumah. Esok? Tidak pasti lagi apa aktiviti yang akan dilakukan. Ketahuinya dalam entry seterusnya esok.

Galeri gambar:











Previous
Next Post »