Trak guna kayu api ganti petrol



Jika semua pihak kreatif dalam menangani masalah harga yang semakin meningkat, pasti suatu hari nanti kuta tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada petrol. Kita tahu setiap hari petrol yang disedut dari bumi semakin berkurangan dan pasti suatu hari nanti ia akan kehabisan. Memang banyak inovasi telah dibuat oleh pihak yang berkaitan untuk mengurangkan kepergantungan kenderaan terhadap minyak petrol.

Namun begitu, ada individu secara kreatif mencipta sendiri untuk kegunaan beliau. Berikut adalah perkara yang Sop maksudkan.

HELSINKI - Tidak tahan dibebani harga petrol yang melambung tinggi, seorang lelaki di Finland mengubah suai sebuah trak pikap miliknya bagi membolehkan kenderaan itu bergerak dengan menggunakan kuasa kayu api, lapor sebuah akhbar semalam.

Setelah mengalami pengubahsuaian, enjin V6 trak jenis Chevrolet milik Juha Sipila kini dijana asap daripada dapur kayu api yang dipasang di belakang trak tersebut.

Pada kapasiti penuh, dapur tersebut boleh diisi dengan kayu api yang mencukupi untuk menggerakkan trak itu sejauh 1,280 kilometer.

Lelaki itu mendakwa, traknya boleh mencapai kelajuan maksimum 144 kilometer sejam dan dia menamakan kenderaannya El Kamina yang bermaksud dapur dalam bahasa Finland.

Teknologi dapur kayu itu yang pertama kali digunakan pada kenderaan semasa kekurangan bekalan petrol ketika Perang Dunia Kedua, didapati lebih mesra alam berbanding enjin petrol atau diesel. - Agensi

Komen Sop: Bila boleh guna kereta elektrik nih?

Posted via My Galaxy Tab
Previous
Next Post »