Talian Maybank2u sesak hari ini?



Siapa guna talian Maybank2u hari ini?

Adakah anda mengalami masalah kesesakkan sistem Maybank2u?

Hari ini Sop cuba untuk transfer duit dari akaun Maybank2u dari pagi tetapi banyak kali gagal. Kadang-kadang hanging lama untuk ke halaman seterusnya.

Tadi nasib baik tidak transfer dua kali apabila selepas memasukkan tag dan maklumat rahsia, tiba-tiba hang sekali lagi. Sop keluar sistem untuk cuba lagi sekali dan tetiba dapat sms yang transfer telah berjaya. Agak bahaya! Jika tidak sudah dua kali transfer dan menjadi masalah.

Mungkin hari ini ramai yang menggunakan Maybank2u kerana hari gaji. Masinh-masing pasti sibuk untuk membuat pembayaran dan sebagainya. Diharap pihak Maybank dapat mempertingkatkan lagi sistem untuk menampung lebih ramai pengguna.

Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »