12 April 2011

Servis motor di kedai Jalan Ipoh



Tidak sangka dok naik jer motor tiap-tiap hari, kilometer dah lebih jumlah yang sepatutnya. Kebiasaan jumlah melebihi 5000 kilometer sudah perlu di servis. Biasanya yang perlu dibuat ialah menukar minyak hitam dan oil filter.

Oleh kerana Sop menggunakan full sentetik, jarak boleh melebihi 5000 - 6000 km. Penjagaan minyak hitam adalah penting untuk menjamin ketahanan injin motor. Tidak kisah motor kecil atau besar, ia sama sahaja penjagaannya.

Jumlah kilometer motor Sop sekarang ialah 31000 dan perlu diservis pada jumlah 36000 km nanti.

Tujuan entry ini dibuat untuk memberi peringatan pada masa hadapan. Boleh rujuk kembali bila kali terakhir telah diservis.

Terima kasih kerana membaca walaupun entry ini khas untuk diri sendiri. Huhuhuhu

Posted via My Galaxy Tab


EmoticonEmoticon