12 April 2011

Senja bandar vs senja kampung



Permandangan di atas diambil di berhampiran rumah Sop iaitu di Setapak Jaya. Ia diambil hanya menggunakan kamera dari Galaxy Tab sahaja. Cantik tak?

Senja adalah permandangan yang sangat indah sama seperti pemandangan di awal pagi. Senja matahari akan pergi manakala pagi, matahari ia kembali. Namum bukan itu yang hendak dibicara hari ini.

Apa beza antara senja di bandar dengan di kampung?

Rasanya ramai mempunyai pandangan sendiri. Apa yang ingin Sop sentuh ialah dari segi suasana persekitaran.

Jika di kampung, senja adalah waktu pulang ke rumah. Tidak kira manusia atau haiwan, waktu senja adalah waktu untuk balik. Sop ingat masa kecil-kecil dulu, bila keluar bermain petang, senja adalah penamat. Jika pulang selepas azan Magrib, pasti teruk Sop dimarahi. Begitu juga dengan haiwan peliharaan Sop seperti ayam, itik dan lembu. Secara sendiri mereka kembali ke reban.

Namun di bandar lain pula keadaannya. Ada yang  masih tidak bergerak di tempat berada. Senja tidak memberi apa-apa makna. Jika hendak pulang mengikut kehendak sendiri. Semasa gambar di atas di ambil, masih ada yang masih leka memancing.

Jika di kampung, apabila senja suasana akan bertambah gelap. Suasana semakin sunyi dan tenang.

Di bandar, senja menjadi bertambah terang. Lampu dipasang dimana-mana sehingga sukar mencari kawasan yang gelap. Bunyi bandar tetap sama dan tiada perubahan. Kenderaan yang lalu lalang tidak terputus-putus seperti tidak akan berhenti.

Senja di kampung bermakna masa untuk berada di rumah tetapi senja di bandar bermakna masa untuk keluar rumah terutama di malam minggu.

Berbeza sungguh senja di kampung dan di bandar tetapi ia tetap sama indah untuk dipandang.

Posted via My Galaxy Tab


EmoticonEmoticon