Semua iPad 2 habis dijual



Seperti pelancaran iPad pertama sebelum ini, ia sangat mendapat sambutan semua peminat gajet. Lebih-lebih lagi iPad 2 diwawarkan lebih awal dan masing-masing menanti kemunculannya. Semasa Sop mendapatkan iPad dulu pun masih hangat seperti goreng pisang. Hanya beberapa unit yang tinggal dan tidak dapat membuat pilihan sepenuhnya.

Agaknya pelancaran di Malaysia nanti pun sama. Masing-masing mesti menunggu awal untuk mendapatkan iPad 2 tersebut.

Adakah anda sanggup beratur panjang untuk iPad 2? Kalau Sop, biarlah dah reda baru beli. Huhuhuhu

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Syarikat Apple Inc. mengumumkan semua komputer tablet iPad keluarannya telah habis dijual dan ia kini sukar memenuhi permintaan pengguna untuk gajet popular itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs menyatakan bahawa syarikat berkenaan, yang beribu pejabat di negeri California, telah menjual sebanyak 19.5 juta komputer iPad generasi pertama dan kedua pada tahun lalu dengan 4.7 juta lagi dijual sepanjang suku pertama tahun ini.

"Kami menjual setiap iPad 2 yang kami keluarkan," kata Ketua Pegawai Kewangan Apple, Peter Oppenheimer.

Menurutnya, pendapatan syarikat tersebut untuk tahun lalu adalah berjumlah AS$24.7 bilion (RM74.3 bilion) manakala AS$5.99 bilion (RM18.02 bilion) lagi diperoleh menerusi jualan pada suku pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Apple, Tim Cook berkata, syarikat itu sedang meningkatkan pengeluaran iPad bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna dan akan memasarkan komputer tersebut ke 13 lagi negara dengan jumlah keseluruhan negara pasaran Ipad meningkat kepada 39 buah negara.

Apple melancarkan iPad pada penghujung April tahun lalu yang kemudian menjadi komputer tablet paling laris dan sukar ditandingi oleh jenama lain. - Agensi

Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »