18 April 2011

Sarapan dengan durian?



Selamat pagi dan salam 1 Malaysia.

Sudah sarapan?

Pagi ini hendak bercerita pengalaman pertama bersarapan dengan durian. Sebelum ini tidak pernah lagi cuba sarapan dengan durian.

Ceritanya bermula ada rakan pejabat yang bawa durian dari kampung. Pagi-pagi lagi beliau telah jamukan rakan-rakan dengan durian. Kami apa lagi, terpaksa makan apabila dijamu. Perut belum lagi diisi dengan makanan lain terus makan durian.

Selepas musim durian tahun lepas, ini kali pertama sentuh. Minggu ini memang bercadang hendak beli tetapi tidak kesempatan singgah di kedai kawasan rumah. Sekarang ini telah ramai peniaga yang mula menjual durian di tepi-tepi jalan.

Kembali kepada sarapan durian pagi ini, selepas beberapa ulas menjamah selera mula rasa lain. Apa lagi, terus pesan minuman dan mengambil karipap sebiji. Memang tidak boleh perut yang tidak biasa makan durian pagi-pagi. Sekurang-kurangnya alas perut dulu dengan makanan biasa.

Namun begitu, Sop percaya ada yang memang biasa dengan bersarapan dengan durian.

Anda bagaimana pula? Biasa bersarapan dengan durian?

Posted via My Galaxy Tab


EmoticonEmoticon