Roti dan kopi



Selamat hari Isnin semua. Apa mood anda hari ini?

Biasanya hari Isnin ramai yang bersemangat untuk bekerja kerana dua hari telah berehat. Namun begitu ada juga yang mengalami 'monday sick' yang mana mood kerja belum lagi datang sebab telah bercuti di hari minggu.

Pagi ini tiada apa yang hendak diceritakan. Bagi yang meminati industri hiburan, pasti akan sibuk dengan Anugerah Berita Harian semalam. Tahniah kepada pemenang. Sop pun lihat tapi macam-macam tu sahaja. Sambil menonton, mengadap laptop juga.

Pagi ini hanya sarapan dengan kopi dan roti sahaja. Biasanya Sop makan pagi agak berat tetapi hari ini bertukar selera. Malas pula hendak makan nasi. Apa salahnya bertukar menu, bukan?

Kopi memang diperlukan untuk memberi kesegaran pagi. Mata yang agak-agak mengantuk boleh terus segar dengan minum kopi. Tetapi awas kepada yang tidak pernah minum kopi kerana boleh menjadikan anda pening. Huhuhuhu

Hari ini belum sempat baca berita. Apa agaknya cerita menarik hari ini?

Terima kasih kerana sudi membaca.

Posted via My Galaxy Tab
Previous
Next Post »