Pertandingan boling persahabatan (tempat kerja)



Salam sejahtera semua.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Adalah dimaklumkan yang tempat kerja Sop akan mengadakan petandingan boling antara bahagian. Oleh yang demikian, terdapat bahagian yang ramai perlu membuat pemilihan permain. Berbeza dengan bahagian Sop yang ramai tidak mahu sertai dan tidak perlu diadakan sesi pemilihan seperti bahagian lain.

Semalam Sop hanya menumpang bersama bahagian yang sedang membuat pemilihan di Selayang Mall. Tujuannya ialah untuk berlatih dan cuba memperbaiki teknik. Sebenarnya sudah lama Sop ingin belajar membuat balingan bola pusing tetapi tidak pernah cuba. Baru-baru ini baru dapat tahu cara dari rakan bagaimana untuk memusingkan bola boling tersebut. Semalam beberapa kali mencuba, akhirnya boleh lah sedikit-sedikuit terpusing bola tersebut. Sasaran agak baik tetapi masih belum mampu mendapatkan strike.

Sop dimaklumkan untuk mendapat bola lencongan yang baik, Sop perlu mendapatkan bola boling sendiri. Ia terdapat jenis bola khas untuk tujuan tersebut. Jika bola biasa dari pusat boling agak sukar. Selain itu, Sop juga sempat membuat review-review dari laman youtube yang mengajar teknik-teknik boling.

Rumusannya, permainan boling perlu dibuat latihan selalu. Jika hanya bermain bila ada pertandingan, memang akan sukar untuk maintain target. Malah lane boling dan bola antara pusat boling adalah berbeza antara satu sama lain. Skill? Boleh belajar sikit-sikit dengan bertanya pada mereka yang mahir.











Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »