29 April 2011

Menonton wayang filem Thor



Sudah menonton filem Thor?

Jika sudah, apa pendapat anda?

Malam tadi Sop dan keluarga kesempatan untuk menonton filem ini di TGV Wangsa Walk.

Bagi Sop ia sebuah cerita yang menarik. Walaupun jalan cerita seperti filem-filem epik yang lain tetapi persembahan filem adalah berlainan.

Kesan-kesan khas yang digunakan juga adalah menarik dan kelihatan sangat hidup sekali.

Sinopsis?

Ia berkaitan hero yang dari dunia lain yang bakal menjadi raja tetapi telah dimarah oleh ayah beliau kerana menyerang planet lain untuk membalas dendam. Ayahnya menghukum beliau dihantar ke bumi dengan harapan beliau akan belajar sesuatu. Dalam masa yang sama adik beliau sedang merancang sesuatu dengan harapan akan menjadi raja menggantikan abang beliau.

Bagi intro sikit la yer? Kalau bagi penuh cerita nanti sudah tidak menarik untuk anda menontonya. Apa kata anda ke panggung untuk lihat cerita sepenuhnya.

Apa yang pasti, ia adalah cerita yang seronok untuk ditonton.

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon