11 April 2011

Mari belajar mewarna



Mewarna adalah aktiviti yang disukai oleh kanak-kanak. Sejak dari pra sekolah, murid diberi pelaung untuk mewarna oleh guru-guru. Aktiviti mewarna bukan sahaja boleh membentuk kemahiran psikomotor tetapi mencipta kreativiti kanak-kanak.

Sop suka tengok kalau diadakan pertandingan mewarna oleh kanak-kanak. Ada yang mendapat sokongan sepenuhnya oleh ibu bapa iaitu dengan membelikan pelbagai jenis pencil warna dan siap dengan bangku mewarna. Hasilnya? Amat terserlah bakat anak-anak mereka.

Azfar dan Azwar pun turut ditanam minat mewarna oleh Sop. Sop sering membelikan pencil warna untuk mereka dan juga buku-buku untuk mewarna. Namun begitu, kita boleh berjimat dengan tidak perlu membeli buku. Hanya lukis untuk anak-anak dan minta mereka warnakan. Pastikan anda melukis.gambar yang diminati mereka.

Bagaimana pula jika tidak tahu melukis?

Guna teknik menekap atau meniru. Ia bukan sahaja menjimatkan kos tetapi mengasah bakat anda juga. Bagi yang tahu melukis semestinya tiada masalah tetapi yang tidak, kadikan ia sebagai cabaran dan sama-sama belajar.

Percayalah, hasil yang anda lukis lebih bermakna kepada anak-anak dari lukisan yang dibeli.

Sekian, terima kasib kerana sudi membaca.

Posted via My Galaxy Tab


EmoticonEmoticon