Makan apa malam ini?



Salam sejahtera rakan-rakan.

Sudah makan? Apa menu anda malam ini? Masak atau beli?

Banyak pula soalan dari Sop yer?

Malam ini, Sop menjamu selera di kedai makan berhampiran masjid di Setapak Jaya. Kami kerap juga singgah di kedai ini untuk makan malam. Menu malam ini ialah nasi goreng udang dan nasi paprip campur.

Apa yang menarik di restoran ini ialah pengusahanya hanya pasangan suami isteri sahaja. Mereka berdua sahaja menguruskan kedai makan tersebut. Suami sebagai tukang masak dan isteri pembuat air dan penagmbil pesanan. Walaupun hanya berdua, operasi dapat berjalan seperti biasa. Cuma apabila kakitangan terhad, perkhidmatan agak perlahan sedikit apabila pelanggan ramai.

Setiap masa, kedai makan ini sentiasa dikunjungi pelanggan. Kadang-kala agak penuh juga terutama pada hari minggu. Dengan hanya bekerja berdua, meja yang dibuka adalah terhad. Ia sesuai dengan kengkangan tenaga kerja.

Pujian kepada mereka kerana mampu menguruskan kedai makan tersebut berdua. Bukan mudah untuk menguruskan kedai makan dengan jumlah tenaga kerja berdua sahaja.

Untuk makluman juga, pasangan suami isteri tersebut adalah jiran Sop. Mereka tinggal bersebelahan dengan rumah Sop.

Untuk singgah ke kedai makan ini, ia berada betul-betul depan masjid.

Jemput makan semua!

Posted via My Galaxy Tab
Previous
Next Post »