12 April 2011

Komen Pilihan @ Riwayat Hariku #3


Salam 1 Malaysia kepada rakan-rakan.
Komen Pilihan @ Riwayat Hariku untuk entry Bakal Askar Malaysia? adalah seperti berikut:


Ia adalah berkaitan dengan minat kanak-kanak semasa kecil dan juga dewasa. Mungkin semasa kecil, kanak-kanak belum mengerti apa yang mereka inginkan tetapi apabila remajabanyak pengaruh lain yang mempengaruhi cita-citanya.

Malah ada ibubapa yang tidak inginkan anak-anak menyertai askar kerana tugas yang membahaya, sering tinggalkan keluarga, terlalu lasak dan sebagainya. Namun, masih ramai yang meminati kerjaya askar kerana ingin berkhidmat kepada negara, suka dengan pakaian seragam, disiplin, dan sebagainya.

Seperti kata-kata wanzi, semua adalah ketentuan Tuhan. Kita mampu merancang, Dia yang menentukan.

Siapa wanzi?

Beliau adalah pemilik blog wanda2u.com dan rasanya ramai yang mengenali beliau kerana beliau aktif juga melakukan aktiviti blogwalking. Kepada yang belum mengenali wanzi, jom berkenalan dengan beliau.


EmoticonEmoticon