27 April 2011

Kereta baru dipakai rosak


Bukan hendak kondem kenderaan nasional tetapi itu realiti yang banyak berlaku. Banyak sangat komen dan aduan mengenai ketahanan kereta Proton. Biasanya siapa yang mendapat kereta tidak bermasalah adalah sangat beruntung. Bukan sepatutnya sebaliknya yang mendapat kereta rosak seorang tidak bernasib baik.

Harap aduan dan komen diambil secara positif pihak berkaitan untuk penambahbaikkan. Jika dilihat kereta Perodua, prestasi sangat berbeza.

PUTRAJAYA – Kegembiraan seorang pegawai tadbir Universiti Tenaga Nasional (Uniten) memandu sebuah kereta Proton Persona 1.6 baharu, berkecai apabila ia mengalami kerosakan tidak sampai 24 jam digunakan.

Nur Wahida Nazli, 26, berkata, kereta tersebut dibelinya daripada syarikat Pelangi Inovative Sdn. Bhd. yang beroperasi di Taman Connaught, Cheras dekat sini pada tahun lalu.

Katanya, kereta berharga RM53,900 itu diserahkan kepadanya pada 22 Disember setelah membuat tempahan kira-kira dua minggu.

“Setelah membawa pulang kereta tersebut, saya baru menyedari bahawa lampu depan kereta dan lampu belakang sebelah kanan tidak menyala malah lampu isyarat enjin juga sentiasa menyala.

“Kesemua kerosakan itu saya kesan pada hari yang sama saya menerima kereta tersebut,” katanya.

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon