Jalan-jalan di IKEA

Apa aktiviti hari minggu anda?


Kami hari ini ke IKEA Damansara untuk cuci-cuci mata. Walaupun tidak beli, sekurang-kurang boleh lihat design rumah idaman. Ruang pameran cukup selesa bukan sahaja untuk lihay-lihat tetapi juga untuk mencuba.

Azfar dan Azwar telah selamat bermain di pusat permainan kanak-kanak dan kami selesa meronda. Jika tidak, susah juga hendak kejar-mengejar dengan mereka berdua.

Hari ini kami lebih fokus kepada ruang dapur. Rumah idaman tidak lama lagi akan siap dan mengikut jangkan pemaju mungkin pada bulan Jun tahun ini. Sekarang lihat buget set dapur yang mungkin boleh dimiliki nanti. Sambil-sambil iti, beberapa gambar diambil sebagai rujukan nanti.

Hari ini walaupun datang awal iaitu jam 11.00 pagi, pengunjung IKEA telahpun ramai. Ruang parking hampir penuh. Biasanya kami ke sini selepas Zohor dan masa seperti itu lagi ramai pengunjung. Oleh itu, jika hendak ke IKEA pastikan anda datang selepas Subuh yer. Hhuhuhuhu.

Published with Galaxy Tab

Galeri gambar:





Previous
Next Post »