28 April 2011

Iklan 701 Panduan sudah turun harga



Mungkin kerana blogger telah ramai sertai?

Atau juga mungkin kerana kurang memberi pulangan?

Apa yang Sop tahu, sebelum ini kos per klik bagi 701 Panduan ialah RM 0.10 tetapi dinaikkan untuk tujuan menggalakkan penyertaan blogger. Maknanya ia kembali kepada asal bayarannya. Nampaknya lebih lama Sop kena menunggu untuk dapat cash out. Seribu klik baru berjaya mendapat RM 100 dan layak membuat cash out. Jauh bangat sih. Huhuhuhu

Perhatian juga kepada geng klik (ada kumpulan 701) kerana pihak 701 Panduan sedang menyemak froud click. Berhenti sebelum terlambat. Huhububu

Berikut adalab emel yang diterima dan rasanya semua dapat:

Publisher Network Iklan 701Panduan, kami ingin mengumunkan bahawa kadar Pay Per Klik kami akan dikurangkan kepada RM 0.10 mulai 1 Mei 2011. 

Kami juga berusaha untuk memadankan iklan yang lebih relevant pada tema dan kategori laman web anda serta meningkatkan jumlah pengunjung dan kadar CTR. 

Sekiranya anda menghadapi masalah dalam Payout Reporting di control panel anda, sila abaikan masalah ini. Kami telah menerima laporan dari beberapa publisher yang mengatakan payout yang dibuat tidak berpadanan dengan klik. Untuk mengatasi masalah ini, kami akan membuat pengiraan manual ketika payout email dihantar keluar pada minggu pertama setiap bulan. 

Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda dan pada masa yang sama, kami juga dalam proses menyiasat beberapa kes penipuan klik untuk sesetengah Publisher dan kami akan memaklumkan kepada yang terlibat suetelah mendapat keputusan dari pihak Pengurusan kami. 

Sekian, terima kasih.

701Panduan Adnetwork Team

Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon