Free Y5 tidak mesra pengguna mobile



Kebanyakkan kedai mamak dan beberapa kedai lain menggunakan perkhidmatan Free Y5 untuk talian WiFi pelanggan. Pengguna boleh mendapatkan akses internet selepas beberapa 15 saat - 20 saat loading yang akan memamparkan iklan terlebih dahulu.

Bagi pengguna laptop, paparan untuk mengeluarkan loading page tersebut tiada masalah tetapi untuk pengguna mobile seperti android, akan mengalami masalah tiada butang akses tersebut. Oleh itu, pengguna mobile tidak dapat melayari internet.

Sebelum ini, di Restoran Ali Maju menggunakan kata laluan sahaja dan pengguna mobile boleh menggunakan internet tanpa masalah. Namun apabila menggunakan Free Y5, Sop tidak lagi boleh melayari internet kerana butang loading page tiada. Agak kecewa kerana datang ke sini untuk download file GPS menggunakan WiFi tetapi lain pula jadinya.

Harap pihak Free Y5 mengambil maklum tentang perkara ini. Telah mengalaminya di beberapa kedai yang menggunakan perkhidmatan ini.

Posted via Galaxy Tab
Previous
Next Post »