Cek terakhir Nuffnang?



Salam 1 Malaysia

Apa khabar hari ini? Semoga sentiasa dalam keadaan sejahtera.

Semalam Sop telah menerima cek yang dicash out dari akaun Nuffnang bulan lepas. Setelah lama mengumpul pendapatan tersebut akhirnya cash out dibuat setelah melihat pendapatan agak perlahan.

Berkaitan dengan tajuk entry, adakah ini cek terakhir dari Nufnang? Ia berkaitan dengan percubaan Sop menggunakan pengiklan lain. Akaun Gli telah ditarik kerana menduakan Nuffnang. Apa salahnya mencuba sesuatu yang baru?

Ada blogger yang masih setia dan rancak menerima pendapatan dari Nuffnang. Tahniah diucapkan dan kepada yang kurang berjaya, kesetiaan biasanya dibalas dengan sesuatu yang positif. Sebagai contoh, rujuk entry terkini dari bro zulkbo.com.

Cek yang terbaru ini tidak lah banyak mana tetapi cukup untuk beli tayar moto yang hampir botak. Huhuhuhu

Posted via My Galaxy Tab
Previous
Next Post »