14 April 2011

Blogger Template: Business Mom

Sekarang ini ramai ibu-ibu atau kaum wanita yang menyertai dunia blog. Malah jumlah blogger wanita melebihi dari jumlah lelaki. Mungkin kerana wanita-wanita suka berkongsi maklumat atau dorang dari ramai blogger wanita yang telah berjaya?

Jantina tidak penting kerana tujuan utama berblog adalah berkongsi.

Template pilihan hari ini lebih sesuai untuk kaum wanita dan nama template juga ialah Business Mom.

Apa yang Sop suka dengan template ini ialah design yang ringkas dan kemas. Ia sesuai untuk blog yang selalu membuat entry disertakan banyak gambar. Ini kerana template yang ringkas dapat menyeimbangkan keberatan template. Jika template dipenuhi gambar dan entry juga disertakan banyak gambar, blog akan menjadi bertambah berat.

Blog ini menyediakan 2 sidebar di sebelah kanan dan latar belakang berwarna putih memudahkan pembaca membaca entry. Header telah diletakkan dengan gambar blogger wanita dan jika kreatif, boleh gantikan gambar tersebut dengan gambar anda.

Untuk download, sila klik di sini
Untuk demo, sila klik di sini


EmoticonEmoticon