Biawak Komodo Maskot Sukan SEA Indonesia 11-25 Nov

Biawak?
Dasyat gilers maskot Sukan SEA ke-26 di Indonesia. Kelainan dan unik!
Nak tahu apa itu Komodo? Bukan antivirus Comodo yer :) Sila rujuk gambar di bawah.


Kat sungai kampung Sop dulu banyak juga Komodo ini. Ada yang besar dan berbelang kuning. Jika saiz kecil, memang banyak boleh diperolehi.
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) - Biawak Komodo dipilih sebagai maskot Sukan SEA ke-26 di Indonesia dari 11 hingga 25 Nov ini.

Pasangan dinamakan "Modo" (jantan) dan "Modi" (betina) dipilih sejajar dengan usaha kerajaan Indonesia melindungi spesies haiwan itu yang semakin berkurangan, demikian menurut jurucakap jawatankuasa penganjur sukan itu yang dipetik oleh akhbar Jakarta Post pada Selasa.

Di Jakarta malam Isnin, Modo dan Modi diperkenalkan kepada umum dalam satu majlis bagi memulakan detik pengiraan 200 hari menjelang perasmian sukan serantau itu yang akan diadakan di Palembang. Beberapa acara akan juga diadakan di Jakarta.

Komodo adalah spesies biawak terbesar di dunia. Ia hanya terdapat di kepulauan Komodo di Flores.

-- BERNAMA
Previous
Next Post »