26 April 2011

Angkat jemuran, hari dah hujan



KL sejak kebelakangan ini selalu hujan di petang hari. Baru sahaja hendak balik, hujan pula turun. Jika balik awal sedikit, pasti sempat sampai kot sebabnya biasa hujan akan bermula pada jam 5 petang.

Bila sudah mula, pasti lama pula untuk berhenti. Penunggang motor seperti Sop harus tersadai bawah jambatan atau tempat hentian. Tadi masa keluar perjabat, memang sudah gelap gelita dan harapan akan sempat sampai ke kedai mana-mana. Boleh juga minum-minum time hujan, best juga. Kalau tersadai bawah jambatan, kena minum air hujan jer la gayanya. Huhuhuhu

Teringat kata pepatah, sedikan payung sebelum hujan. Bawa payung tak boleh juga sebab bawa motor. Huhuhuhu, lawak tak?

Sementara menanti hujan berhenti, boleh layan blogwalking juga nih. Tak la bosan sangat!

Jom terjah ke blog mana-mana yang best nih.



Posted via Galaxy Tab


EmoticonEmoticon