08 March 2011

Tambah pendapatan melalui 701Panduan.com

Pernah dengar 701Panduan.com?
Rasanya ia tidak asing lagi di Malaysia kerana laman web directory yang mempunyai banyak panduan dalam pelbagai kategori. Ia menjadi rujukan bukan sahaja kepada warga Malaysia tetapi juga pelawat dari luar untuk ke negara ini.


Sop pernah terdengar mengenai program 701Panduan.com boleh menambah pendapatan melalui pengiklanan yang diwujudkan. Namun tidak kesempatan untuk mencuba. Baru-baru ini, baru Sop kesempatan untuk daftar dan memasukkan iklan 701Panduan.com.

701Panduan.com tidak menggunakan iklan 'per deal' walaupun iklan kelihatan seperti tersebut. Ia menggunakan format 'per click' untuk mendapat pendapatan. Ia bermakna setiap klik iklan 701Panduan.com, kita akan mendapat pendapatan. Jumlah setiap klik ialah RM0.30. Kebanyakkan iklan yang keluar ialah berkaitan promosi produk dan perkhidmatan yang terdapat di laman 701Panduan.com.

Terdapat beberapa saiz iklan yang disediakan untuk pengiklan. Terpulang kepada pengiklan untuk memilih saiz yang sesuai dengan template. Setakat kini, Sop hanya memasukkan 2 saiz sahaja dahulu untuk melihat prestasi pengiklanan ini. Apa yang menarik, iklan setakat kini sentiasa keluar. Selain itu, 701Panduan.com menggunakan iFrame untuk iklan mereka.

Untuk menjadi pengiklan (publisher), anda perlu daftar dan tunggu pengesahan dari pihak 701Panduan.com. Semasa daftar, beberapa maklumat diperlukan seperti jumlah vistor dan jumlah hits, maklumat peribadi dan lain-lain lagi. Kod iklan akan diemelkan kepada anda bersama link untuk menyemak prestasi dan pendapatan yang diperolehi.

Semoga menyertai 701Panduan.com ini dapat menambah pendapatan dalam berblog.

Untuk mendaftar menjadi pengiklan 701Panduan.com, sila klik sini.


Petikan dari maklumat 701Panduan.com:
Rangkaian Iklan CPC dari 701Panduan.com untuk Website atau Blog Anda
Berapa Banyak Wang yang boleh anda peroleh dari Blog anda atau laman anda?
Sebelum ini kami menawarkan "Click Through Rate" RM 0.10 setiap klik.
Sekarang untuk Masa Terhad sahaja kami menawarkan RM 0.30 setiap klik.
701Panduan.com Adnetwork menawarkan FLAT RATE RM 0.30 pada setiap Klik untuk seluruh iklan banner kami & kotak carian kami.
a) Setiap kali pengunjung laman anda menggunakan klik pada Banner kami, kami akan membayar anda RM 0.30
b) Setiap kali pengunjung laman anda menggunakan klik pada butang Cari untuk membuat carian melalui kotak carian 701Panduan.com kami akan membayar anda RM0.30
Semua pembayaran adalah berdasarkan pada klik unik oleh pengunjung laman anda.
(Anda tidak dibenarkan untuk mengklik sendiri pada iklan yang dipaparkan di laman anda)
Dengan memasukkan kedua-dua butang Search Tool Bar dan Banner Image di laman anda, anda akan meningkatkan peluang anda mendapatkan lebih pendapatan melalui program Jaringan Iklan.
Anda HANYA akan dibayar dalam RM (Ringgit Malaysia)
Sebaik sahaja anda telah mencapai RM 50, kami akan menghubungi anda untuk mendapatkan akaun bank anda untuk membolehkan kami membankan bank cek ke dalam akaun anda. CIMB atau Maybank akaun adalah pilihan utama kami.
Rangkaian Iklan 701Panduan.com program boleh dipantau kerana tidak mempunyai tangguhan dalam semua kempen kami. Oleh kerana itu anda boleh yakin setiap kali akan ada iklan selalu berada di laman anda selagi anda mempunyai script kami letakkan di laman anda.
Anda boleh memilik format iklan yang bersesuaian untuk memaksimumkan pendapatan anda. Dari pengalaman kami, kami sangat akan mengesyorkan anda menggunakan saiz banner 728 x 90 atau 300 x 250 dan ditempatkan di kawasan strategik di laman anda untuk mendapatkan CTR yang lebih tinggi!


EmoticonEmoticon