18 March 2011

Susah nak aktif Smart Plan Digi?

Semalam Sop ke Berjayja Time Square untuk subscrib Digi Smart Plan. Semasa daftar Sop diberi pilihan peluang untuk pilih nombor. Oleh itu, Sop cuba mencari nombor yang agak cantik. Selepas mendaftar, Sop dimaklumkan yang talian akan diaktifkan selepas 6 jam tetapi selepas 6 jam masih belum aktif. Kemudian Sop call untuk tanya status tetapi dimaklumkan akan diaktifkan pagi ini.

Selepas menunggu sehingga tengah hari, talian masih belum diaktifkan. Hari ini sekali lagi membuat pertanyaan dan dimaklumkan yang nombor Sop pilih adalah nombor yang telah dibatalkan pengguna sebelum ini. Semasa mendaftar semalam tidak pula dinyatakan yang nombor tersebut guna semula. Sop dapat kesan yang nombor guna semula apabila call talian pengguna dan semakan didapati ia adalah penama pengguna lain.

Kesannya, Sop masih perlu menunggu lagi mungkin selama 24 jam untuk diaktifkan. Agak terkilan kerana maklumat tidak tepat dan menyusahkan pengguna. Talian broadband telah dimatikan semalam juga tetapi cepat pula dipotong.

Ini menjadikan pandangan awal tentang Digi kurang baik. Harap pihak Digi menyemak perkara ini.


EmoticonEmoticon