Sop kini pengguna Galaxy Tab

Setelah sekian lama berhajat untuk menggunakan teknologi android, kini Sop berjaya memilikinya. Mula jatuh hati dengan Android apabila berjaya mendapat menggunakan HTC Aria dalam program review dari DiGi tahun lepas. Kemudian, Samsung Galaxy Tab diperkenalkan dengan OS Android menjadikan hajat untuk memilikinya terus terpahat.

Sebelum ini, Mrs Sop ada menggunakan iPad 1 tetapi Sop tidak begitu teruja kerana penggunaan iPad dengan Galaxy Tab sangat berbeza. Kelebihannya ialah ia bukan sekadar Tablet tetapi smartphone.

Sop membeli Galaxy Tab ini dari seorang seller yang diiklan dari Forum Lowyat. Galaxy Tab ini baru berusia 3 bulan sahaja. Jika hendak beli Galaxy Tab baru, memang Sop tidak mampu dengan harga RM2500. Setelah membuat deal dengan seller tersebut, Sop telah berjumpa dengan beliau di KLCC untuk mendapatkannya.

Kenapa Sop hendak sangat menggunakan Galaxy Tab ini?
Tujuan utama mestilah untuk dunia blogger! Apa yang Sop lihat, Galaxy Tab lebih berupaya dan dan mesra blogger. Ini kerana Galaxy Tab memiliki saiz paparan yang lebih besar dan processor yang lebih laju berbanding smartphone biasa. Oleh itu, Sop boleh kurangkan penggunaan laptop atau PC untuk aktiviti berblog. Selain itu, menulis blog juga boleh dilakukan dimana-mana dan bila-bila masa jika mempunyai kelapangan. Itu harapan Sop unntuk menggunakan Galaxy Tab ini. Tercapai atau tidak, itu belum dapat dipastikan lagi.

Namun begitu, buat masa ini Sop masih belum subscribe pelan data. Ini adalah hari kedua menggunakan Galaxy Tab dan masih dalam proses menyesuaikan diri. Disamping itu, sedang juga meninjau-ninjau plan yang paling menarik untuk diambil. Buat  masa ini, Sop tertarik dengan DiGi Smart Plan yang menawarkan pakej yang bagus. Sekarang Sop menggunakan DiGi Broadband dan perkhidmatan adalah baik. Namun begitu, talian telefon bimbit Sop menggunakan Hotlink.

Rakan-rakan boleh bagi pandangan pelan yang terbaik?

Galeri gambar:




Previous
Next Post »