26 March 2011

Ramai telah setting mobile view pada blog



Terima kasih kepada rakan-rakan blog yang telah membuat setting mobile view pada blog kerana ia sangat memudahkan Sop untuk melawat. Sekarang ini Sop banyak blogwalking menggunakan Galaxy Tap dan oleh sebab itu proses melawat rakan lebih lancar. Terdapat blog rakan-rakan yang menggunakan imej yang besar dan jumlah widget yang banyak sangat membebankan. Kalau telefon yang proseser lebih kecil rasanya lagi susah untuk melawat.

Tadi semasa meronda, terdapat blog rakan yang meletakkan shoutbox di new pages. Apabila mobile view, ia support sepenuhnya. Sungguh memudahkan. Berbeza jika shoutbox diletakkan pada widget yang tidak akan dipaparkan semasa mobile view.

Oleh itu, kepada rakan-rakan yang rasa blognya agak berat, elok sangat membuat setting mobile view ini. Ia membantu rakan-rakan meronda-ronda menggunakan mobile internet.

Kepada yang guna tempate sendiri (bukan template sedia ada blogger), boleh rujuk tutorial Sop kongsikan. Template asal blogger Sop tak pasti bagaimana setting, boleh rujuk kawan-kawan yang telah buat kot.

Posted via My Galaxy Tab


EmoticonEmoticon