10 March 2011

Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) pada pendapat Sop merupakan pelantar yang terbaik untuk menjadi seorang pendidik atau guru. Program yang diwujudkan khas untuk pelajar lepasan SPM terus mendapat ijazah perguruan ini sangat baik. Selama 5 tahun belajar menjadi seorang guru pasti memberi pendedahan dan pengalaman yang mencukupi untuk menjadi guru yang baik. Malah ramai ibubapa yang menggalakkan anak-anak sertai program ini kerana jaminan kerjaya kepada pelajar selepas belajar. Berbeza dengan pelajar yang melanjutkan pelajaran di universti yang akan bergelut untuk mencari peluang pekerjaan.

Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 sedang dibuka bermula 7 Mac yang lepas menawarkan beberapa program untuk dipilih. Ikuti maklumat berikut untuk maklumat lamjut:
Adalah dengan ini dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :
A. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :
. Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)
B. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara :
. Fizik
. Kimia
. Biologi
. Matematik
. Pendidikan Khas
. Bahasa Cina
C. Program Kembar Bahasa Perancis :
. Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language
D. Program Kembar Bahasa Jerman :
. Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

Permohonan boleh dibuat mulai 7 Mac 2011 (Isnin) melalui laman di sini. Tarikh tutup permohonan ialah pada 21 Mac 2011.

Program yang ditawarkan sangat menarik! Kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, apa tunggu lagi. Mohon sekarang untuk menjadi guru.


EmoticonEmoticon