02 March 2011

Kareena wanita paling seksi

Siapa minat Kareena Kapoor?
Sop dulu antara peminat beliau zaman 'hantu' Bollywood. Teringat zaman Kuch Kuch Hotai yang Bollywood begitu meletup. Kemudian ia habis begitu sahaja sehingga sekarang seperti tidak menonton langsung filem Bollywood. Masih best filem Bollywood ini atau masing seperti format lama?

Jika dilihat dari tajuk, memang dari dulu Kareena sentiasa seksi. Setiap filem lakonan beliau akan berpakaian seksi terutama apabila dalam wabak tarian/nyanyian. Mana-mana lelaki yang menonton pasti terbeliak mata kot melihat beliau? huhuhu

Ikuti berita mengenai perkara ini yang dipetik dari Kosmo!
MASIH terkejut, pelakon jelita Kareena Kapoor sekali lagi tidak menduga apabila namanya ditempatkan di tangga teratas sebagai Wanita Bollywood Terseksi.

Pengiktirafan itu telah diumumkan menerusi majalah tersohor Bollywood iaitu Stardust. Paparan majalah edisi bulan Mac itu memaparkan 10 wanita seksi yang berkecimpung dalam industri filem.

Selain Kareena, aktres Kaif, Deepika Padukone dan Priyanka Chopra turut tersenarai.

Muka depan majalah tersebut memaparkan penampilan Kareena yang kelihatan sungguh seksi dan glamor dengan dibaluti gaun berwarna merah.


EmoticonEmoticon