Jom minum petang di Sweet Bowl, Wangsa Walk

Pernah singgah ke Sweet Bowl?
Jika pernah, pasti rakan-rakan sudah tahu menu yang terdapat di Restoran Sweet Bowl.
Ini adalah kali pertama Sop singgah di Sweet Bowl. Sebelum ini, jika singgah ke Wangsa Walk kami pasti akan ke NZ Curry House yang terdapat di sebelah Wangsa Walk. Semalam selepas menonton wayang I Am Number Four, hujan turun sangat lebat. Oleh itu kami terperangkap dalam Wangsa Walk dan tidak dapat balik.'

Selepas berpusing-pusing sekitar Wangsa Walk, kami akhir singgah ke Sweet Bowl untuk minum-minum dan makan makanan ringan. Menu yang dipilih ialah roti bakar dan mee kari.

Konsep yang digunakan oleh Sweet Bowl ialah kopitiam. Menu yang digunakan adalah lebih kurang dengan kopitiam yang lain. Oleh itu, rasa dan harga juga adalah lebih kurang sama.

Ruang di dalam Sweet Bowl adalah agak terhad namun pengunjung boleh memilih berada di luar restoran. Biasanya perokok-perokok lebih gemar berada di luar restoran kerana mudah untuk melepaskan asap.

Jika ke Wangsa Walk, bolehlah singgah-singgah ke Sweet Bowl yer.

Galeri gambar:
Previous
Next Post »