22 March 2011

Jerawat batu? Tua pun naik jerawat lagi



Sungguh tidak disangka-sangka tiba-tiba dapat jerawat besar. Agak lama rasanya tidak mendapat jerawat batu ini. Biasanya hanya jerawat biasa sahaja. Mungkin kerana akhir-akhir ini badan agak penat dan kesihatan kulit kurang baik. Makan dan masa tidur juga kurang teratur.

Agak janggal juga apabila mendapat jerawat batu ini kerana ia agak besar. Hilang ke'macho'an Sop seminggu apabola jerawat muncul.

Sop masih ingat masa kerja kilang dulu yang mana kulit muka Sop sangat teruk. Muka banyak sangat jerawat yang singgah. Masa itu masa tidur tidak menentu kerana kerja ikut shif malam dan siang. Suasana tempat kerja juga kurang bersih dan langsung tidak bersukan menjadikan ia lebih teruk.

Selepas berhenti kerja kilang, masalah jerawat kembali reda dan muka tidak lagi teruk.

Jika diikutkan, Sop tidaklah jaga sangat kulit muka. Biasa cuci mukapun guna sabun sahaja, kadang-kadang jer guna scab. Huhuhu

Siapa ada petua untuk hilangkan jerawat batu dengan cepat boleh la kongsi yer. :)

Posted via My Galaxy Tab

Posted via My Galaxy Tab


EmoticonEmoticon